JAIS benar majlis akad nikah mulai 1 Julai

0
2

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah di negeri itu mulai 1 Julai ini.

JAIS turut berkongsi ketetapan dalam pelaksanaan perkara itu menerusi infografik di Facebooknya, hari ini.

Majlis akad nikah dilaksanakan dengan ketetapan berikut:

  1. Pelaksanaan dengan kehadiran fizikal pihak-pihak di JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sahaja dari Isnin hingga Ahad.
  2. Telah mendapat tarikh temujanji bagi majlis akad nikah daripada JAIS dan PAID.
  3. Kehadiran terhad kepada pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali, individu lain tidak dibenarkan termasuk jurugambar.
  4. Telah mendapat kebenaran Berkahwin di bawah Seksyen 17 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 sebelum 1 Jun 2021 dan keputusan jaringan HIV lelaki dan perempuan masih sah.
  5. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan dan wali wajib jalani ujian RT-PCR Covid-19 dalam tempoh 72 jam dari waktu pelaksanaan majlis dan mengemukakan keputusan ujian kepada pendaftar sebelum majlis dilaksanakan.
  6. Pihak-pihak terlibat wajib patuh kepada ketetapan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kerajaan Selangor berkaitan langkah-langkah keselamatan.
  7. Jika terdapat mana-mana perlanggaran kepada ketetapan semasa, Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk atau Pegawai Tadbir Agama boleh menangguhkan atau membatalkan majlis akad nikah.
  8. Tindakan tegas sewajarnya akan diambil jika mana-mana individu atau pihak yang didapati gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan semasa yang ditetapkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here