Isu kesihatan mental rakyat umpama bom jangka – Zahida

0
2

KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan menyifatkan isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan dalan masyrakat sebagai ‘bom jangka’ yang boleh meledak pada bila-bila masa.

Justeru, beliau mendesak semua pihak termasuk kerajaan dan agensi berkaitan lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam mengatasi isu berkenaan.

“Isu kesihatan mental ini semakin serius. Keperitan membawa kemurungan. Kemurungan adalah bomb jangka bergerak yang boleh meledak pada bila2 masa”

“Ia adalah tanggungjawab bersama dan menuntut keperihatinan semua pihak termasuk kerajaan dan agensi agensi berkaitan,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan susulan peningkatan kes bunuh diri yang dilaporkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu.

Anwar berkata, dengan peningkatan kes bunuh diri sebanyak 20%, iaitu daripada 188 kes pada 2019 kepada 226 kes dilaporkan setakat Oktober tahun lalu, usaha perlu dilakukan bagi membantu golongan terkesan teruk akibat pandemik.

Bulan lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui perkara sama dengan menyifatkan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi, malah turut menjejaskan kesihatan mental kepada rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here