SPRM cari lelaki warga Belanda, Myanmar

0
1

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan sedang mengesan dua individu iaitu masing-masing seorang lelaki warga Belanda dan Myanmar bagi membantu siasatan kes rasuah berasingan.

Individu pertama, Pieter Jan Eimers, 61, seorang lelaki warga Belanda memegang pasport bernombor BA0223039 dan mempunyai alamat terakhir di No 14, Preston Road, Singapore 117612.

SPRM menerusi kenyataan berkata individu berkenaan dikesan kali terakhir ketika memasuki Malaysia pada 3 Mei 2007.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohamad Zabir Sharif di talian 013-216 8343 / 06-762 5446 atau emel kepada [email protected],” kata kenyataan itu.

Sementara itu, SPRM Negeri Sembilan turut mengesan Jaber Hamid Husson, 28, lelaki warga Myanmar yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bernombor 354-00287837.

“Individu berkenaan mempunyai alamat terakhir di No 50, Lorong 7, Taman Jujur, Sikamat, 70400 Seremban,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohamad Shamin Aizat Azmi di talian 017-954 1048 / 06-762 5446 atau emel kepada [email protected]. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here