5 lokaliti di Sabah, 2 di Kedah kena PKPD

0
2
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

SEBANYAK tujuh lokaliti membabitkan dua negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 26 Jun hingga 9 Julai 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia selepas kesemua lokaliti itu mencatatkan peningkatan kes dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Justeru, katanya, PKPD dilaksanakan untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan mereka.

“Pada masa sama, ia akan memudahkan tindakan kawalan Covid-19 dijalankan dengan cepat dan berkesan, seterusnya menghalang penularan lanjut dalam kawasan terlibat serta ke komuniti luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua lokaliti yang dikenakan PKPD adalah seperti berikut:

1.Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim Kedah

  1. Kawasan Perindustrian Bestgrade, Pokok Sena, Kedah
  2. Kampung Muhibbah, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah
  3. Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau,
    Sabah
  4. Kampung Tahak, Membakut, Beaufort, Sabah
    6.Flat Indah Jaya, Sandakan, Sabah
  5. Kampung Kuala Merotai, Kalabakan, Sabah – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here