761 ditahan Ingkar SOP PKP

0
1
jalan raya sjr sekatan

Nilam Oshman 

SERAMAI 761 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP), semalam. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu seramai 741 individu dikompaun manakala 19 direman. 

“Antara kesalahan ingkar PKP termasuk rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan/minum di premis (197), tidak memakai pelitup muka (152), individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (127) dan tiada penjarakan fizikal (100). 

“Selain itu, membawa penumpang berlebihan (62), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (61), premis gagal patuhi arahan (15) dan lain-lain (47),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sementara itu, beliau berkata, Ops Benteng semalam menahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI), dan merampas enam kenderaan darat. 

Dalam operasi itu, sebanyak 165 bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan.  – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here