DUN Negeri Sembilan bersidang Ogos ini

0
2

PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka diadakan minggu pertama Ogos ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Perkara itu katanya, telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir semalam.

Sehubungan itu, beliau memberitahu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) hari ini mencadangkan sidang DUN dan perasmiannya diadakan pada minggu pertama Ogos ini.

“Unit DUN telah diminta menghantar notis dan warta bagi memastikan sidang DUN dapat dijalankan.

“Saya telah menghadap Yang di-Pertuan Besar semalam dan baginda telah memberi perkenan,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Pada 18 Jun lalu, Aminuddin dilaporkan berkata kerajaan negeri bersedia mengadakan sidang DUN setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong melalui Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

DUN Negeri Sembilan kali terakhir bersidang adalah pada 3 Disember 2020. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here