Video bayi disuap minum arak tular

0
2

POLIS digesa menyiasat rakaman video seorang individu yang dipercayai menyuap arak kepada seorang bayi yang tular di laman sosial, baru-baru ini.

Ketua Pergerakan Anti Arak Murah, David Marshel berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab ini perlu dihentikan dan bayi berkenaan juga perlu dijauhkan daripada individu terbabit.

“Berikutan insiden ini satu laporan polis telah dibuat bagi meminta pihak polis siasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah peruntukan undang-undang.

“Perbuatan terkutuk ini harus di hentikan dan bayi ini perlu segera dijauhkan dari lelaki yang tak tanggungjawab,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

David juga berharap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat segera mengambil tindakan untuk memeriksa dan membuat ujian darah untuk memastikan bayi tersebut tidak terdedah dengan bahaya minuman tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung rakaman video berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah menerima laporan berhubung insiden tersebut.

“Siasatan sedang dijalankan termasuk mengesan suspek yang terlibat,” katanya.

Terdahulu tular video berdurasi 30 saat yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang menyuap arak kepada bayi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here