Kerjasama klinik, hopital swasta terbukti percepat vaksinasi

0
1
coconuts kl

STRATEGI pembabitan swasta adalah lebih efisyen serta memudahkan rakyat berbanding usaha kerajaan membina pusat vaksinasi mega yang sesak, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sejak dua minggu lalu program imunisasi negara adalah melalui hospital dan klinik swasta dengan pembabitan 700 klinik.

“Itupun dengan hanya 700 klinik daripada lebih 7,000 klinik seluruh negara.

“Rakyat lebih selesa dan lebih mengetahui tentang lokasi klinik swasta terdekat berbanding lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, sekiranya kapasiti maksimum pemberian vaksin diperluaskan kepada separuh dari 7,000 klinik swasta, pasti memberi impak besar.

“Sekali lagi, saya sarankan untuk naikkan kadar RM14 setiap dos yang kini dibayar kerajaan kepada doktor swasta sekiranya ini adalah halangan kepada penglibatan lebih banyak klinik swasta,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau menggesa kerajaan mewujudkan lebih banyak lagi unit vaksinasi bergerak untuk membawa vaksin lebih dekat kepada masyarakat.

“Ia adalah satu usaha baik untuk lebih memudahkan rakyat terutamanya mereka yang kurang upaya atas pelbagai sebab untuk bergerak ke pusat vaksinasi,” katanya.

Semalam, Khairy Jamaluddin berkata, PPV di Stadium Nasional Bukit Jalil akan beroperasi pada kapasiti penuh 10,000 suntikan sehari dalam masa seminggu lagi.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berkata, pada permulaan hari pertama semalam, prosedur operasi standard (SOP) adalah 30 peratus daripada kapasiti penuh.

“Pada hari pertama, kapasiti suntikan adalah sebanyak 3,000 suntikan. Kita bermula dengan angka kecil dan dalam tempoh tiga hari nanti, kapasitinya akan ditingkatkan kepada 5, 000 sehari (kapasiti 50 peratus).

“Dalam tempoh seminggu lebih, kita akan beroperasi dalam kapasiti penuh, iaitu 10,000 suntikan sehari,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here