SEBANYAK 4,743 kes baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 705,762 kes Covid-19 di negara ini.
Berdasarkan infografik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor kekal menjadi negeri tertinggi jangkitan iaitu sebanyak 1,566.
Manakala, Kuala Lumpur (635), Negeri Sembilan (585), Sarawak (507), Johor (239), Pulau Pinang (195), dan Melaka (167).
Sementara, Kedah merekodkan 142 kes, Kelantan (165), Labuan (104), Pahang (131), Terengganu (37), Perak (68), Putrajaya (7), dan Perlis (2). – Malaysiapost

