27 individu dikompaun RM155,000 kerana berhibur

0
2

POLIS mengenakan kompaun keseluruhan RM155,000 terhadap 27 individu membabitkan pelanggan, pekerja dan pemilik sebuah premis pusat hiburan di Jalan Kenanga, Bandar Indahpura, Kulai, tengah malam tadi.

Dalam serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada jam 12.15 tengah malam itu, seramai 22 lelaki dan empat wanita serta seorang pemilik premis berada di pusat hiburan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata bertindak atas maklumat awam pihaknya membuat serbuan dan pemeriksaan di premis berkenaan yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan mendapati terdapat sekumpulan 22 lelaki dan empat wanita tempatan sedang berkumpul dalam premis tersebut.

“Pemeriksaan di kaunter premis terdapat seorang lelaki mengaku pemilik premis dan pemeriksaan mendapati premis tersebut tiada lesen perniagaan sah untuk beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis mengeluarkan kompaun RM25,000 ke atas pemilik premis dan RM5,000 seorang ke atas 26 individu lagi kerana didapati melanggar Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkumpul tanpa alasan yang munasabah.

Beliau mengingatkan orang ramai sentiasa mematuhi arahan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan tindakan tegas akan diambil bagi mana-mana individu atau perbadanan yang melanggar arahan. – Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here