Isu azan: Adun Jeram lapor polis

0
2

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram, Mohd Shaid Rosli membuat laporan polis berhubung isu laungan azan Subuh yang didakwa mengganggu penduduk bukan Islam di sebuah perumahan di Puncak Alam.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Saujana Utama petang semalam.

Dalam laporan tersebut, Mohd Shaid menjelaskan pihaknya menerima panggilan daripada pengerusi surau perumahan itu pada jam 10.20 pagi semalam.

Katanya, ia susulan tindakan seorang ahli jawatankuasa perumahan itu yang bukan beragama Islam memasuki surau tanpa kebenaran.

Kata Mohd Shaid, lelaki itu yang hanya berseluar pendek memberi alasan masuk ke surau untuk membuat pemeriksaan kelantangan pembesar suara.

“Lelaki berkenaan memaklumkan menerima aduan daripada penduduk bukan beragama Islam yang laungan azan Subuh tersebut mengganggu waktu tidur mereka.

“Ini merupakan aduan berterusan yang saya terima daripada jawatankuasa perumahan berkenaan,” katanya menerusi laporan polis itu yang dikongsi di Facebooknya.

Salinan laporan polis dibuat Adun Jeram semalam

Mohd Shaid berkata pihaknya telah beberapa kali memberi peringatan kepada penduduk perumahan itu dan warga Jeram berhubung isu laungan azan tersebut di Facebooknya.

“Saya sertakan juga titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mana di Selangor ini tidak boleh menghalang untuk melaungkan azan.

“Saya merasakan mereka mencabar titah tuanku dan wajar diambil tindakan mengikut lunas undang-undang untuk memberi pengajaran kepada orang lain,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here