“SAYA pohon doa buat kami yang bakal bermusafir ke bumi Palestin menyampaikan bantuan buat saudara kita di sana,” kata Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Beliau mengetuai misi bantuan kemanusian ke Gaza, Palestin bersama 30 ahli yang berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.
“Dalam setiap denyut nadi kita pasti ada rasa belas dan ehsan melihat kesengsaraan mereka. Iringi kami dengan doa kalian.
“Umno dan kebajikan berpisah tiada walau dalam apa jua keadaan dan situasi,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ahli rombangan misi kemanusiaan itu dijangka berangkat ke Gaza melalui Jordan dan Mesir.
Menurutnya, tujuan misi kemanusian itu untuk membantu membaik pulih Masjid Al-Aqsa dan memberi bantuan kepada rakyat Palestin yang dijajah, tertindas serta dizalimi di Gaza.
“Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merestui dan banyak membantu. Beliau bertemu Duta Palestin ke Malaysia dan berkomunikasi dgn beberapa pimpinan Palestin yg berada di sana secara online.
“Beliau meminta sebelum ini agar dilancarkan Tabung Muafakat Palestin,” katanya. – Malaysiapost
Foto Kredit: FB/Azeez Rahim

