5,911 kes baharu Covid-19 hari ini

0
1
grafik

MALAYSIA merekodkan 5,911 kes baharu Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan kes wabak itu di negara ini terus meningkat kepada 691,115 kes.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 2,111 kes.

Ini diikuti Negeri Sembilan (770), Sarawak (569), Johor (498) dan Kuala Lumpur (483).

Perak mencatatkan 245 kes manakala Kelantan (223), Kedah (204), Sabah (201), Labuan (185), Pulau Pinang (167), Melaka (134), Terengganu (62), Pahang (56), Putrajaya (3) dan tiada kes di Perlis.

Semalam, Malaysia merekodkan 6,440 kes baharu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here