
DALAM tempoh sebulan yang lalu, Malaysia telah merekodkan sebanyak 22 kali kes Covid-19 melebihi angka 6,000 jangkitan sehari.
Perangkaan itu diperoleh menerusi perkongsian infografiik jumlah kes melebihi 5,000 sehari yang dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) semalam.
Berdasarkan infografik yang dikongsi itu, daripada 22 hari berkenaan, sebanyak tujuh kali angka jangkitan harian melebihi 7,000 serta dua kali melebihi 8,000 dan sekali berada di atas 9,000.
Kes tertinggi dalam negara dicatatkan pada 29 Mei iaitu 9,020 manakala 8,290 kes pada 28 Mei serta 8,209 pada 3 Jun.

Secara keseluruhan, sebanyak 11 hari yang merekodkan kes Covid-19 melebihi 5,000 – tiga kali dilaporkan pada Januari 2021, manakala selebihnya adalah pada bulan ini.
Semalam, Malaysia mencatatkan 6,440 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes positif wabak itu di Malaysia meningkat kepada 685,204 kes. – Malaysiapost
