3 lagi lokaliti kena PKPD

0
2

SEBANYAK tiga lagi lokaliti membabitkan dua negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 20 Jun hingga 3 Julai 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan mereka.

Pada masa sama, katanya, ia akan memudahkan tindakan kawalan Covid-19 dijalankan dengan cepat dan berkesan, seterusnya menghalang penularan lanjut dalam kawasan terlibat serta ke komuniti luar.

Semua lokaliti yang dikenakan PKPD adalah seperti berikut:

  1. Grace Villa Condo, Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah.
  2. Taman Sri Purnama, Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan.
  3. Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pasir Putih, Putatan, Sabah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here