759 ditahan Ingkar SOP PKP

0
1

Nilam Oshman

SERAMAI 759 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu seramai 711 individu dikompaun manakala 48 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (140), tiada penjarakan fizikal (136) dan tidak memakai pelitup muka (135).

“Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (123), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (94), membawa penumpang berlebihan (55), premis gagal patuhi arahan (14) dan lain-lain (62),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Ops Benteng semalam menahan 37 pendatang asing tanpa izin (PATI).serta merampas sembilan kenderaan darat serta dua bot/kapal.

Dalam operasi itu, sebanyak 212 bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui 11 aktiviti penglihatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here