Keputusan tangani Covid-19 hendaklah dirujuk kepada pakar

0
1

DALAM menghadapi wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, keputusan yang dilakukan hendaklah dirujuk kepada kalangan pakar dalam mengawal wabak dan segala aspek berkaitan dengannya, kata Presiden PAS.

Menerusi tulisan Minda Presiden PAS hari ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan yang diambil sekali-kali tidak boleh dipengaruhi mana-mana kalangan yang hanya melihat kepentingan golongan dan pihak tertentu, tanpa melihat perkara asas dalam menghadapi wabak yang belum selesai ini.

“Rasulullah SAW telah menunjukkan suatu panduan dalam menghadapi keadaan wabak, yang dilaksanakan oleh para khalifah selepasnya secara selamat,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Hadi berkata beliau percaya Majlis Raja-Raja yang bersidang baru-baru ini telah mendengar taklimat daripada semua pihak yang terlibat dengan tugas menghadapi wabak Covid-19.

Pada masa katanya, Majlis Raja-Raja juga telah mengambil maklum berkenaan segala kesan sampingan yang menganggu kehidupan rakyat seluruhnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here