MALAYSIA mencatat 74 lagi kematian akibat Covid-19 hari ini berbanding 60 kes semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu adalah 4,276 kes.
Menerusi infografik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 6,861 kes sembuh direkodkan hari ini.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 615,326.
Jumlah kes aktif Covid-19 pula adalah 65,602 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 685,204 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.
Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 894 kes dengan 451 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

