Amy Search cucuk vaksin sambil menyanyi, cuit hati netizen

0
2

TINDAKAN penyanyi rock terkenal Amy Search menerima suntikan vaksin sambil menyanyi lagu popularnya ‘Fantasia Bulan Madu’ semalam, mencuri perhatian netizen.

Video Amy menerima suntikan Covid-19 itu dikongsi anaknya Pelakon Nabila Huda mendapat lebih 368,000 tanda ‘like’ termasuk menerima komen daripada selebriti tanah air.

Dalam video yang dikongsikan Nabila menerusi Instagramnya, Amy dilihat tenang menerima suntikan daripada petugas kesihatan yang menyuntiknya.

Reaksi spontan penyanyi berusia 62 tahun itu menyanyi lagu berkenaan mencuit hati netizen yang rata-ratanya terhibur dengan telatah penyayi itu.

“Alhamdulillah, siap nyanyi lagi eh. Bukan main! Jauh beza dengan video anak dia haha!” tulis Nabila dalam hantaran itu.

Difahamkan, video berkenaan dirakam oleh isteri Amy iaitu Norhasniza Hassan atau Nourish. Amy menerima suntikan dos pertamanya di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, Selangor.

Pemilik akaun instagram, Wanmunira85 berkata, jururawat yang menyuntik Amy itu beruntung kerana dapat mendengar nyayian selebriti itu secara ‘live’.

“Untung nurse tu… Amy nyanyi secara live untuk dia..bestnya,” tulisnya.

Sementara, eyena87 berkata: “Rocker pun takut gak kene cucuk.. comel je,” tulisnya.

Netizen juga berseloroh mengatakan Amy sengaja menyanyi untuk menghilangkan rasa gementar ketika disuntik.

Sementara itu, dalam hantaran lain, Nabila juga memuat naik video dirinya menerima suntikan berkenaan.

Katanya, kerana terlalu takut beliau tersalah untuk membuka aplikasi MySejahtera dan terbuka aplikasi perbankan online.

Namun, Nabila mengingatkan pengikut Instagramnya supaya tidak takut untuk mengambil suntikan berkenaan kerana ia sememang tidak sakit.

“Korang jangan takut pulak nak ambil vaccine. Tak sakit pun. tapi kalau sesiapa yang memang takut pergi hospital beginilah rupa dia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here