Nilam Oshman
SERAMAI 764 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu seramai 722 individu dikompaun manakala 42 direman.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (162), tidak memakai pelitup muka (138) dan rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (100).
“Manakala tiada penjarakan fizikal(94), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (91), membawa penumpang berlebihan (78), premis gagal patuhi arahan (7), lain-lain (94),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, Ops Benteng semalam berjaya menahan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI), serta merampas empat buah bot/kapal dan dua buah kenderaan darat.
Dalam operasi itu, sebanyak 227 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui tiga aktiviti penglihatan.
Malaysiapost

