SEBANYAK 60 kes kematian dicatatkan akibat Covid-19 hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah 4,202 kes.
Menerusi infografik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 7,530 kes sembuh direkodkan hari ini berbanding jangkitan harian iaitu 5,738 kes baharu.
Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 66,097 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 678,764 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.
Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 909 kes dengan 441 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

