Kes Covid-19 kembali lepasi angka 5,000 kes

0
2
grafik

JUMLAH kes baharu harian Covid-19 kembali melepasi angka 5,000 kes dengan 5,419 kes dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kes setakat ini adalah 667,876 kes.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya hari, menunjukkan Selangor merekodkan 1,996 kes dengan 218,477 kes kumulatif, diikuti Sarawak 718 kes membabitkan 56,905 kes kumulatif.

Kuala Lumpur mencatatkan 650 kes (68,369 kes kumulatif), manakala Negeri Sembilan 396 kes (34,501 kes kumulatif), Johor 366 kes (65,435 kes kumulatif) dan Kedah 252 kes (22,322 kes kumulatif).

Di Kelantan pula sebanyak 245 kes baharu dilaporkan membabitkan 32,512 kes kumulatif, manakala Sabah mencatatkan 230 kes (66,546 kes kumulatif) dan Melaka 155 kes (15,124 kes kumulatif).

Labuan merekodkan 138 kes (6,293 kes kumulatif), Pulau Pinang 124 kes (32,448 kes kumulatif), Perak 68 kes (23,850 kes kumulatif) dan Terengganu 43 kes (10,696 kes kumulatif).

Pahang pula dilapor mencatatkan 32 kes baharu (11,707 kes kumulatif), Putrajaya lima kes (2,131 kes kumulatif) dan akhir sekali Perlis mencatatkan satu kes (560 kes kumulatif). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here