Muhyiddin menghadap Agong di Istana Negara

0
1

TAN Sri Muhyiddin Yassin sebentar tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perdana Menteri tiba pada jam 2.19 petang menaiki Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard hitam melalui Pintu Satu Istana Negara, lapor Berita Harian.

Rabu lalu, Muhyiddin menghadap Agong di Istana Negara diikuti 15 ketua parti politik pada hari sama, Khamis dan Jumaat minggu lalu sebelum berakhir semalam.

Sesi menghadap itu difahamkan bagi mendapatkan input ketua-ketua parti politik berkenaan usaha memerangi pandemik Covid-19, selain sebagai persediaan untuk Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu yang dijadualkan esok.

Terdahulu pagi tadi, Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, Tun Arifin Zakaria turut menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Bekas Ketua Hakim Negara itu tiba di Istana Negara kira-kira jam 9.45 pagi tadi dengan menaiki kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam.

Kenderaan yang membawa Arifin itu kelihatan masuk menerusi Pintu 2 Istana Negara.

Difahamkan, pertemuan itu berkemungkinan besar antara lain bagi membincangkan tempoh mengenai sama ada tempoh pelaksanaan darurat yang akan tamat 1 Ogos depan akan diteruskan atau tidak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here