Selera makan bertambah – Fadillah

0
2

“ALHAMDULILLAH sehingga kini saya berada dalam keadaan baik, tiada sebarang gejala dengan tahap oksigen kekal 97/98,” kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini.

Fadillah memaklumkan beliau kini memasuki hari kelima menjalani kuarantin di rumah setelah disahkan positif Covid-19 pada 10 Jun lalu.

“Selera makan pun bertambah… jadi kenalah saya melakukan workout untuk kekal cergas.

“Terima kasih di atas doa dan ucapan semua. Dengan izin Allah dan berkat doa semua, Alhamdulillah keadaan saya baik dan stabil.

“Saya bersyukur dan redha dengan takdir Allah. Moga kita semua diberikan perlindungan dan kesejahteraan oleh Allah SWT,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Fadillah turut mangajak umat Islam sama-sama berdoa supaya Allah SWT mengangkat segera wabak Covid-19 dari mukabumiNya dan semoga negara segera bebas daripada pandemik tersebut.

“Marilah kita semua terus mematuhi SOP ditetapkan dan bagi yang belum mendaftar untuk suntikan vaksin, daftarlah segera,” katanya.

Jumaat lalu, Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan Fadillah disahkan positif Covid-19 setelah menjalani ujian saringan sehari sebelumnya sebagai rutin dibuat Pejabat Menteri Kanan Kerja Raya dari semasa ke semasa.

Menurut KKR, sepanjang tempoh kuarantin, Fadillah akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar. – Malaysiapost

Foto Kredit: Malay Mail/Yusof Mat Isa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here