2,251 kompaun dikeluarkan di Selangor sejak ‘total lockdown’

0
3
Sekatan Jalan Raya di jalan Kuala Lumpur - Ipoh dari kedua-dua arah susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) bermula pukul 12.01semalam sehingga 27 Oktober 2020. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

POLIS Selangor mengeluarkan 2,251 kompaun atas pelbagai kesalahan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada sekatan pergerakan penuh (SPP) fasa pertama bermula 1 Jun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata tiga kesalahan utama ialah gagal mematuhi penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka dan tidak mengimbas MySejahtera.

“Kompaun ini dalam tempoh 13 hari sehingga 13 Jun. Kesalahan yang paling banyak ialah tiada penjarakan fizikal, iaitu 541 kompaun.

“Kemudian diikuti kesalahan tidak memakai pelitup muka 523 kompaun, tidak mengimbas kod QR MySejahtera sebanyak 238 kompaun,” katanya.

Dalam pada itu, Arjunaidi berkata, berdasarkan penguatkuasaan pemantauan sepanjang tempoh terbabit, kebanyakan penduduk Selangor mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Hanya segelintir penduduk Selangor masih gagal, ingkar dan mengambil mudah, seperti SOP yang mudah iaitu penjarakan fizikal dan pelitup muka.

Sepatutnya semua orang sudah faham tetapi masih ada yang ambil mudah dengan tidak memakai pelitup muka dan berkumpul.

“Ada juga majikan gagal menentukan agar pekerja merekod kehadiran atau mengimbas MySejahtera.

“Polis mempunyai lebih 700 pasukan pemantauan di Selangor yang memantau premis,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here