Tak patut longgar SOP hanya kerana kes harian turun – Najib

0
2
Siti Jumaih Abdul Razak, 38 memegang anaknya, Sheikh Adeeb Aiman Sheikh Salahuddin, 3 yang menangis ketika menjalani ujian saringan Covid-19 di Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

KRITERIA untuk melonggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak sepatutnya hanya bergantung pada angka kes baharu semata-mata.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata trend penurunan kes baharu termasuk angka yang jatuh bawah 4,000 kes tidak bermaksud negara sudah selamat daripada Covid-19.

“Jika mahu angka kes baharu rendah maka kita boleh kurangkan sahaja jumlah saringan dibuat setiap hari. Tapi yang penting ialah kadar positif setiap hari iaitu jumlah kes baharu bahagi jumlah saringan di buat.

“Mengikut WHO, selagi kadar ini di atas paras 5 peratus maka ianya masih tidak selamat untuk melonggarkan lockdown,”katanya menerusi Facebook.

Kadar kes positif sejak minggu lalu: Semalam 70,044 saringan, 4,949 kes (7.1%), 13 Jun; 80,130: saringan, 5,304 kes (6.6%), 12 Jun: 90,238: saringan, 5,793 kes (6.4%), 11 Jun: 99,974: saringan, 6,849 kes (6.9%), 10 Jun: 100,059: saringan, 5,671 kes (5.7%),

Sementara itu, 9 Jun pula 90,887: saringan, 6,239 kes (6.9%), 8 Jun: 77,030: saringan, 5,566 kes (7.2%) dan 7 Jun: 81,708: saringan, 5,271 kes (6.5%).

Mengulas lanjut, Najib berkata, matlamat utama kenapa sesebuah negara melaksana Lockdown atau PKP ialah untuk melindungi dan selamatkan nyawa.

“Sebab itu, pendapat saya ialah ianya tidak selamat untuk loggarkan PKP selagi kadar penggunaan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) belum jatuh ke bawah 70%.

“Penggunaaan ICU sudah lama melebihi 100% sejak bulan lepas dan ini telah membawa kepada kadar kematian yang tinggi. Hari ini (semalam) pun jumlah pesakit serius dalam ICU masih cecah rekod dengan 921 orang pesakit,” katanya.

Beliau berkata, peratusan penggunaan kapasiti ICU juga perlu turun kepada 70% – samada dengan pengurangan pesakit serius atau penambahan kapasiti ICU atau kedua-duanya.

“Sejak bulan darurat bermula pada bulan Januari, Kerajaan PN sudah membazir tempoh enam bulan sebab tidak membuat ‘lockdown’ yang paling ketat untuk tempoh singkat seperti pada PKP 1.0.

“Saya faham bahawa kerajaan amat tertekan sekarang sebab rakyat juga semakin tenat dan penat akibat PKP berpanjangan yang tak habis-habis akibat kesilapan kerajaan,” katanya.

Namun, Najib berkata, sekiranya ‘lockdown’ paling ketat tidak dilaksanakan negara tidak akan berjaya memutuskan rantaian Covid-19.

Kelmarin, kerajaan memaklumkan akan mengkaji kemungkinan untuk melonggarkan SOP PKP 3.0 sekiranya kes positif Covid-19 harian menurun kepada 4,000 ke bawah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu bagaimanapun tertakluk kepada nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu, katanya, kerajaan pada masa sama turut mengadakan mesyuarat khas bertujuan membincangkan pelan keluar daripada pelaksanaan PKP sepenuhnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here