Warga emas positif Covid-19 larikan diri ditemui

0
3

SEORANG lelaki warga emas di Tongod, Sabah yang lari dan bersembunyi kerana mengelakkan diri dari dibawa mendapatkan rawatan selepas disahkan positif Covid-19, telah ditemui semula.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail ketika mengesahkan kejadian itu berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Karim Jikri, 69, ditemui di ladang dekat kediamannya di Kg Kuala Tongod, kira-kira 270 kilometer dari Kota Kinabalu.

Katanya, lelaki berkenaan ditemui kira-kira jam 7 malam dan terus dibawa ke klinik Tongod yang kemudiannya menghantar warga emas itu ke Hospital Sandakan bagi mendapatkan rawatan.

Menurut Dzulbaharin, semalam pasukan perubatan telah berkunjung ke rumah lelaki itu bagi memaklumkan dirinya didapati positif Covid-19 hasil ujian saringan.

“Dia diminta bersiap sedia kerana ambulans akan tiba bagi menjemputnya pada tengah hari dan dia dilihat mula mengemas,” kata Dzulbaharin dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, warga emas itu turut dimaklumkan akan dibawa ke Hospital Sandakan bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, kediaman warga emas itu di Kg Kuala Tongod berkunci sebaik pasukan perubatan tiba pada tengah hari bagi menjemputnya.

Polis percaya lelaki itu cuba melarikan diri dan bersembunyi dari dikesan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here