Legenda badminton dunia Markis Kido meninggal dunia

0
2

BERITA duka menyelubungi sukan badminton apabila legenda badminton Indonesia Markis Kido meninggal dunia hari ini.

Menerusi kenyataan Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) di laman Twitter, mengesahkan Markis berusia 36 tahun telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat serangan jantung.

“Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Telah meninggal dunia salah satu pahlawan bulu tangkis Indonesia, peraih emas Olimpiade Beijing 2008, Markis Kido.

“Semoga Almarhum mendapat tempat di sisi-Nya dan keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan. Selamat jalan Kido!,” ciap PBSI.

Markis bersama pasangan serasinya Hendra Setiawan adalah pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China. -MalaysiaPost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here