
KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 akan diumumkan pada 17 Jun ini, mulai 10 pagi.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian atau menerusi SMS.
“Semakan secara dalam talian boleh dilakukan melalui pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh,” kata kenyataan itu.
Semakan menerusi SMS pula boleh dilakukan dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar kepada 68886 bagi mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan itu. Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi 17 Jun dan akan ditamatkan pada 6 petang 23 Jun.
Sementara itu, bagi calon sekolah mahupun persendirian yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon yang terlibat sebelum dimaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan itu. – Malaysiapost
