Negaraku berkumandang di Catalunya, Damok juara CEV Moto3

0
3

LAGU Negaraku berkumandang di Litar Catalunya, Sepanyol selepas pelumba negara, Syarifuddin Azman mencipta sensasi muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia hari ini.

Pelumba berusia 20 tahun itu yang bermula di petak ke-10 menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat.

Tempat kedua milik pelumba Sepanyol, David Munoz Rodriguez dari pasukan Avatel-Cardoso Racing yang mencatat 29:32.715 dan Jose Antonio Rueda Ruiz juga dari tuan rumah di tempat ketiga (29.32.825s).

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras untuk perlumbaan minggu ini.

“Terima kasih juga kepada ketua kru, pengurus pasukan dan juga Datuk Razlan (Razali) yang hadir untuk memberi sokongan.

“Ia kejayaan yang menggembirakan, terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan dan juga kepada keluarga,” katanya.

Syarifuddin yang turut dikenali sebagai Damok kini menduduki tempat keeman keseluruhan dengan 30 mata selepas tiga pusingan perlumbaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here