Tiada unsur jenayah dalam kes tertukar bayi

0
2
Polis Di Raja Malaysia

POLIS memaklumkan tiada unsur jenayah dalam kejadian membabitkan dua pasangan tertukar bayi di sebuah hospital swasta di Shah Alam semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kes itu juga telah dirujuk kepada Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor serta Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Bapa kepada bayi-bayi berkenaan telah membuat laporan polis hari ini.

“Telah diputuskan kes bahawa tiada unsur jenayah berlaku, kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Majistret (RKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada awal pagi Jumaat, manakala tanda nama di kaki bayi itu tertera nama wanita lain dan waktu dilahirkan pada 3.02 petang Khamis.

Tanpa menyedari bayi berkenaan tertukar, pihak hospital telah membenarkan Siti Suriani serta bayi tersebut pulang ke rumah semalam.

Kejadian berkenaan tular menerusi media sosial berikutan perkongsian Siti Suriani di Facebook (FB) Live semalam yang mendapat 1.3 juta tontonan dengan 40,000 tanda reaksi, 56,000 komen dan dikongsi 37,000 kali. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here