Bantuan PEMERKASA Plus tak cukup untuk bantu rakyat – Puad

0
2
puad zarkashi

AHLI Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi menggesa kerajaan melaksanakan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 untuk membantu rakyat menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh fasa kedua.

Mohd Puad berkata, beliau menyokong pandangan Ketua Penyelidik Khazanah Nasional Nicholas Kaw yang menyatakan “worry about people first, economy later”.

“Menurut pakar ekonomi itu kerajaan perlu bimbangkan rakyat terlebih dahulu. Pastikan ada makanan di atas meja mereka.

“Sebab itu kerajaan perlu beri bantuan yang komprehensif untuk rakyat kerana PKP 3.0 disambung lagi untuk dua minggu,” katanya menerusi Facebook.

Bagaimanapun, Mohd Puad berkata, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Tengku Abdul Aziz memaklumkan pakej PEMERKASA Plus amat sedikit kerana kerajaan tidak mempunyai wang selepas hasil menjunam.

“Maka, soalnya, kenapa tidak perkenalkan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0? Lagi pun KWSP umum untung bagi suku pertama 2021 sebanyak RM19.3 bilion.

“Manakala aset terkumpul KWSP memang jatuh sedikit ke RM982 bilion pada akhir suku pertama 2021. Antara puncanya, pengeluaran melalui skim i-Sinar 1.0 dan i-Lestari 1.0,” katanya.

Namun, beliau berkata, kerajaan boleh menaikkan semula keuntungan KWSP selepas selesai pandemik.

“Kerajaan BN masa (Datuk Seri) Najib (Razak) naikkan aset KWSP dari RM300 bilion (2009) ke RM850 bilion (2017).

“Najib bantu KWSP dengan beri lebih banyak projek kerajaan kepada KWSP. Bukan beri kepada menantu dia,” sindirnya.

Selain itu, beliau berkata, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) patut dilaksanakan selepas pandemik Covid-19 untuk meringankan beban rakyat.

“Selepas pandemik perkenalkan semula GST. ‘People first, economy later’, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here