MASIH ramai gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun sudah dilaksanakan lebih setahun sejak pandemik Covid-19 melanda negara.
Ini dibuktikan dengan 887 individu dikenakan tindakan atas kesalahan ingkar SOP dalam operasi pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui 93,349 pemeriksaan semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, seramai 849 individu dikompaun manakala 38 lagi direman.
“Antara kesalahan tidak memakai pelitup muka (146), individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (159), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (165) dan tiada penjarakan fizikal (144).
“Kesalahan lain adalah tidak patuh arahan kawalan pergerakan (57), membawa penumpang berlebihan (103), premis gagal patuhi arahan (15) serta lain-lain (83),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, menurutnya kawalan sempadan negara menerusi Op Benteng semalam pula, telah merampas tiga buah kenderaan darat
“Dalam operasi itu, sebanyak 151 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan,” katanya. -Malaysiapost

