Malaysia satu-satunya negara kembali ke SST – Najib

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan Malaysia adalah satu-satunya negara yang berbalik kepada sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), setelah berjaya beralih ke Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menurutnya, majoriti negara Islam di Timur Tengah juga telah melaksanakan GST yang dipanggil VAT, sejak beberapa tahun lalu.

“Selepas PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14), saya telah beberapa kali buat cubaan terakhir untuk hentikan kerajaan PH (Pakatan Harapan) melakukan kerosakan amat besar pada negara

“..yang akhirnya akan memakan diri dengan menggantikan GST dengan SST termasuk berhujah secara panjang lebar dalam Dewan Rakyat tapi mereka enggan dengar,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Najib berkata, walaupun tindakan beliau melaksanakan GST tidak disukai syarikat-syarikat besar tetapi dilaksanakan supaya Malaysia berada di landasan betul dan kukuh demi kepentingan masa depan negara.

Dalam hantarannya itu juga, beliau memetik kenyataan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz, yang memyebut pemansuhan GST sebagai antara sebab negara kini kurang mampu untuk membantu rakyat dan menyelamatkan ekonomi.

Beliau turut memuat naik tangkap layar hantaran twitter Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gunong Semanggol yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria bahawa keputusan paling tidak cerdik dilakukan PH adalah menukar GST balik semula kepada SST.

“Harga barangan tidak dapat dikawal kerana ada yang mengambil keuntungan melampau. Hasil kerajaan berkurangan, kebocoran hasil meluas,” tulis Razman. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here