PERHILITAN selamatkan tapir cedera

0
1

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) menyelamatkan seekor tapir yang mengalami kecederaan di kaki di Kampung Sawah Liat, Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Dalam ciapan di twitter, PERHILITAN menjelaskan operasi menyelamat pada 7 Jun lalu itu susulan aduan penduduk kampung mengenai kehadiran tapir berkenaan sejak 25 Mei lalu.

“Pemeriksaan awal mendapati tapir tersebut mengalami kecederaan ringan di kaki kanannya dan telah diberi rawatan awal oleh pegawai veterinar PERHILITAN.

“Tapir tersebut telah dipindahkan ke Pusat Konservasi Hidupan Liar (PHKL) Sungai Dusun, Selangor untuk rawatan dan pemantauan susulan,” katanya hari ini.

Agensi itu turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung kerana menyalurkan maklumat yang dapat menyelamatkan haiwan berkenaan daripada mengalami kecederaan lebih serius.

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here