Timbalan KPN: KDN sudah serah nama kepada Perdana Menteri

0
2
Datuk Seri Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) telah menyerahkan nama calon bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pertimbangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Perdana Menteri sedang menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum diumumkan, lapor Berita Harian.

Hamzah berkata, Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) telah memperincikan nama calon untuk mengisi kekosongan jawatan itu minggu lalu, sebelum menyerahkannya kepada Perdana Menteri.

“Langkah seterusnya ialah mempersembahkan nama itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Setakat ini, saya tidak dapat mendedahkan nama yang dihantar itu. Namun, kita sama-samalah menunggu keputusannya,” katanya.

Beliau juga tidak menyatakan jumlah nama yang diserahkan kepada Perdana Menteri sambil meminta semua pihak bersabar sehingga segala keputusan berkaitan dibuat.

Antara nama yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan jawatan itu ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain dan Pengarah Jabatan Logistik, Datuk Seri Mazlan Lazim. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here