PRESIDEN MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dilihat meninggalkan Istana Negara selepas sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak memberhentikan kenderaannya untuk memberi sebarang kenyataan kepada pihak media yang menunggu di luar Pintu 2, Istana Negara.
Menteri Pengangkutan memasuki Istana Negara pada jam jam 11.54 pagi tadi.
Difahamkan, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu tiba sebaik sahaja Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meninggalkan Istana Negara pada jam 11.35 pagi.
Sementara itu, pada jam 2.30 petang ini giliran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, diikuti Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 4 petang. – Malaysiapost

