KES sembuh Covid-19 hari ini direkodkan lebih tinggi dengan 6,962 kes berbanding kes baharu harian 5,566 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah itu menjadikan keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 541,319 kes.
Menurut KKM, kes kematian baharu akibat Covid-19 juga menunjukkan sedikit penurunan iaitu 76 kes berbanding 82 kematian semalam.
“Jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 setakat ini adalah 3,536 kes.
“Kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 903 pesakit dengan 458 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan,” menurut kenyataan itu. – Malaysiapost

