7 lokaliti di Sabah kena PKPD

0
1
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

SEBANYAK tujuh lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 10 hingga 23 Jun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia susulan semua lokaliti terbabit dikesan mengalami peningkatan kes positif Covid-19, selain bertujuan untuk menyekat penularan dan perebakan virus berkenaan.

Lokaliti tersebut ialah:

  1. Kampung Kebayau, Kota Belud
  2. Kampung Batu Layar, Pulau Banggi, Kudat
  3. Taman Wawasan, Beaufort
  4. Tiga lokaliti di Sentosa, Sandakan iaitu Kampung Sungai Obar, Batu 7; Fasa 9B, Taman Indah Jaya dan Flat Indah Jaya
  5. Kampung Likas, Kota Kinabalu

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan PKPD di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur yang telah mencatat 65 kes positif Covid-19 dalam tempoh dua minggu.

“Pelaksanaan PKPD bertujuan memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti kekal berada dalam kawasan serta memudahkan
KKM membuat pengesanan awal kes supaya dapat diasingkan secepat mungkin,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here