Suruhanjaya Sekuriti cari Harani Kamarudin

0
2

SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) memohon maklumat daripada orang ramai untuk mengesan bekas perunding unit amanah bernama Harani Kamarudin yang disyaki melakukan beberapa salah laku berkaitan pelaburan unit amanah.

Menurut SC, pendaftaran Harani, 37, dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) dibatalkan pada 27 November 2020, dan dia pernah berkhidmat dengan Eastspring Investments Berhad sebagai perunding unit amanah.

Katanya, Harani sedang dikesan berkaitan pelanggaran undang-undang sekuriti di bawah Seksyen 354 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), yang dibaca bersama dengan Perenggan 3.3.7 (a) dan 3.1.12 (d) Kod Etika dan Peraturan FIMM Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Harani diminta melaporkan kepada SC dengan menghubungi talian 03-6204 8000 / 012 381 2497 atau e-mel kepada [email protected],” kata kenyataan itu hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here