28 NGO desak kerajaan arah bank beri moratorium 6 bulan

0
1

SEBANYAK 28 Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam menggesa kerajaan mengarahkan institusi pinjaman untuk memberikan moratorium automatik tanpa syarat kepada golongan B40 dan M40 bagi tempoh enam bulan.

Menerusi kenyataan bersama gabungan itu, berkata institusi pinjaman berkenaan termasuk bank, peminjam berlesen, syarikat kredit dan koperasi.

Katanya, moratorium automatik itu juga diberikan tanpa mengenakan sebarang faedah atau keuntungan tambahan termasuk apa jua bentuk caj sepanjang tempoh berkenaan.

“Moratorium automatik amat diperlukan rakyat disebabkan kerajaan tidak mampu memberikan bantuan tunai yang setimpal dengan kos kerugian yang ditanggung rakyat dan ia berupaya meringankan beban dan aliran tunai mereka.

“Bantuan yang diberikansetakat ini jauh lebih rendah daripada Garis Kemiskinan Kebangsaan RM2,208.

“Justeru, kebanyakan rakyat yang terbeban dengan hutang pinjaman sewaktu krisis Covid-19 ini dan moratorium automatik ini adalah perkara ‘hidup atau mati’ menyambung kehidupan harian mereka dan mampu menghindar terjebak hutang AHLONG dan masalah sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, gabungan itu menyeru kerajaan menggunakan segala kuasa yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong di kala Darurat ini termasuk Ordinan Darurat bagi menangani krisis ekonomi dan kesihatan ini dengan berkesan.

“Rakyat memberikan kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan melaksanakan amanah tersebut demi kepentingan bersama.

“Mereka sedang memerhatikan setiap tindakan yang diambil samada ia benar-benar menggambarkan keperihatinan terhadap kumpulan majoriti rakyat yang terkesan kelangsungan kehidupan mereka sepanjang pandemik Covid19 ini.

“Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat yang ingin bersolidariti dengan gesaan ini supaya mengemukakannya dengan menyokong petisyen yang dilancarkan dua hari lepas dan setakat ini telah berjaya mengumpulkan 10,000 sokongan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here