TLDM ucap tahniah pada PKK Ahmad Yusuf, tamat pengajian di USNA

0
2

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengucapkan tahniah kepada Pegawai Kadet Kanan (PKK) Ahmad Yusuf Ahmad Azani telah berjaya menamatkan pengajian di United States Naval Academy (USNA), pada 28 Mei lalu.

TLDM menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, majlis graduasi pegawai telah dihadiri Defence Attaché, Briged General Datuk Saadon Hasnan, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan isteri.

Difahamkan, PKK Ahmad Yusuf mengikuti latihan di USNA sejak 19 Jun 2017 dan pulang ke tanah air dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Operasi Siber pada 4 Jun lalu.

“Pegawai kini sedang menjalani kuarantin wajib selama 14 hari mengikut prosedur Covid-19 yang telah ditetapkan.

“Pegawai akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM dan kemudian mengikuti Kursus Kelayakan Pegawai Eksekutif di KD Sultan Idris I pada September ini,” kata hantaran itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here