Kes baharu Covid-19 turun drastik, 5,271 kes hari ini!

0
1

JUMLAH kes baharu Covid-19 terus menurun dengan 5,271 kes dilaporkan hari ini berbanding 6,241 semalam.

Angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes kini adalah sebanyak 622,086 sejak wabak itu melanda negara.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya hari ini, Selangor masih merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,374 kes menjadikan jumlah keseluruhan adalah 203,520.

Ia dikuti Sarawak 703 kes (51,874), Negeri Sembilan 571 kes (30,543), Kuala Lumpur 455 kes (63,372), Johor 355 kes (61,898) dan Kelantan 341 kes (30,483).

Sementara itu, Labuan mencatat 209 dengan kumulatif kes 4,961, Kedah 194 kes (20,646), Melaka 178 kes (13,709), Pulau Pinang 153 kes (30,906) dan Terengganu Terengganu 117 kes (9,988).

Manakala, Pahang mencatat kes dua angka dengan 99 kes (10,825). Sementara Putrajaya lapan kes (2,014) dan Perlis hanya satu kes dengan jumlah kumulatif 538 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here