THQ Esport Club akan menganjurkan Kejohanan Mobile Legend Bang Bang THQ Stay At Home dengan hadiah terkumpul bernilai RM10,000.
Kejohanan ini merupakan tanda sokongan terhadap usaha kerajaan memastikan seluruh rakyat terus kekal berada di rumah dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengasas dan Pengurus Pasukan THQ Esports Club, Aimanhaq Zaharudin berkata penganjuran kejohanan secara dalam talian selama dua hari itu diharap dapat membantu kerajaan memastikan usaha mengekang penularan pandemik Covid-19 dapat dilakukan dengan berkesan.

Katanya, kejohanan ini turut dijayakan bersama La Crista Hotel, Melaka dan PennaWrites Academy selaku penaja utama.
“Menariknya, tiada yuran penyertaan dikenakan, ia adalah kejohanan bagi menyokong usaha kerajaan untuk Stay at Home sempena “Total Lockdown” atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
“Lapan pasukan terbaik dari pusingan kelayakan akan layak ke pusingan Playoff yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 13 Jun.
:Kejohanan ini telah menerima sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan 256 pasukan dan jumlah peserta melangkaui 1,500 orang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Aimanhaq berkata penyertaan yang dibuka pada awal minggu lalu terpaksa ditutup selepas sehari dibuka.
“Bagi yang tidak berpeluang menjadi peserta, anda boleh mengikuti kejohanan ini secara virtual di Facebook rasmi Team Haq Esports Club.
“Objekif utama THQ dan penaja adalah untuk bersama kerajaan mengajak anak muda, belia dan masyarakat kekal berada di rumah dan mengisi keluangan masa dengan aktiviti bermanfaat.
“Bersama kita kekal di rumah untuk membantu negara mengekang penularan pandemik Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

