Sultan Selangor, Permaisuri ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

0
2

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Istana Alam Shah menerusi hantaran di laman Facebook ‘Selangor Royal Office’ semalam, menyatakan baginda berdua turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dilanjutkan usia, sihat walafiat dan sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah.

Baginda berdua juga berharap agar Al-Sultan Abdullah berterusan memerintah negara dengan adil dan bijaksana berdasarkan perlembagaan negara.

“Melihat kepada situasi semasa ketika ini, Paduka Kekanda juga berharap Seri Paduka Adinda sentiasa bersabar dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, berlandaskan agama Islam seperti firman-firman Allah dalam al-Quran iaitu ayat 24, Surah As-Sajdah dan ayat 39, Surah Qaaf.

“Semoga Seri Paduka Adinda terus bersemayam di atas singgahsana takhta kerajaan Malaysia dengan beroleh kemuliaan dan kesejahteraannya,” menurut hantaran itu. – Malaysiapost

Foto kredit: FB Selangor Royal Office

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here