Keputusan SPM 2020 diumumkan 10 Jun

0
2

KEMENTERIAN Pendidikan memaklumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan diumumkan pada 10 Jun ini.

Menerusi satu hantaran video di Facebook, Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin memakumkan calon SPM 2020 boleh mengetahui keputusan peperiksaan itu pada Khamis depan.

Bagaimanapun, Dr Radzi berkata, pengumuman rasmi akan dikeluarkan oleh KPM dalam masa terdekat ini.

“Kejap lagi Insyallah, kementerian akan keluarkan kenyataan media dan kita akan jelaskan apakah kaedah yang akan boleh digunakan oleh calon-calon untuk menyemak keputusan mereka,” katanya.

Calon SPM tahun 2020 menghadapi cabaran kerana buat pertama kalinya dalam sejarah KPM terpaksa mengadakan peperiksaan pada tahun berikutnya susulan pandemik Covid-19.

Selain itu, penangguhan sesi persekolahan yang dilakukan beberapa kali menyebabkan pelajar terpaksa bertungkus lumus untuk ‘catch up’ silibus sebelum menghadapi peperiksaan. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here