VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Abd Samad hari ini, secara sinis mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mungkin dapat menghantar surat pemecatan kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana ‘total lockdown’.
Kenyataan Bekas Pengerusi Felda itu merujuk kepada petisyen mendesak Mohamed Azmin meletakkan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mendapat sambutan hangat hampir mencecah 150,00 sokongan.
“O mak…dah pecah rekod ni. Tapi takkan PM nak hantar surat pecat. Kan semua ‘total lockdown’, opis tutup, tak de siapa nak taip surat tu. Kita naikkan ke 200,000 je,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, kemarahan netizen dengan tindakan MITI dalam isu permohonan kebenaran beroperasi ketika tempoh Sekatan Pergerakan Penuh, menyebabkan tanda pagar #AzminLetakJawatan menjadi ‘trending’ di laman Twitter.
Semakan di Twitter mendapati rata-rata pemilik akaun menggunakan tanda pagar tersebut untuk menggambar tanda tidak setuju dengan Mohamed Azmin yang juga menteri MITI, dan memintanya untuk meletakkan jawatan segera.
Sementara itu, satu petisyen yang mendesak Mohamed Azmin meletakkan jawatan juga diwujudkan sejak beberapa hari lalu menerima respon agresif warganet.
Petisyen bertajuk ‘Hanya satu sebab: gagal berfungsi sebagai Menteri Kanan yang diharapkan. Titik!’ kini mencapai hampir 150,000 sokongan hari ini. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/06/04/isu-miti-azminletakjawatan-trending-di-twitter/

