Ceroboh ruang udara: Anwar nyata kebimbangan

0
3
anwar ibrahim

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangan terhadap insiden pencerobohan mencurigakan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang menghampiri ruang udara negara, semalam.

Menurutnya, kejadian tersebut turut menimbulkan kecurigaan dan keresahan terhadap kedaulatan negara serta keselamatan ruang udara negara.

“Pujian saya terhadap ketangkasan pasukan TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) yang segera menggerakkan pemintasan udara dalam mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut.

“Saya menggesa Menteri Luar untuk segera laksanakan tugas dengan meminta penjelasan daripada Republik Rakyat China terkait insiden ini,” katanya dalam kenyataan.

TUDM mengesan penerbangan mencurigakan 16 pesawat PLAAF yang memasuki ruang udara ZMM, Kota Kinabalu Fligt Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional semalam.

Ia dikesan Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi.

Berikutan itu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi kenyataan berkata Wisma Putra akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik kepada kerajaan China.

Katanya, kementerian juga akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia bagi memberi penjelasan mengenai pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat terbabit.

Sementara itu, Anwar juga meminta penjelasan lanjut daripada kerajaan Perikatan Nasinal (PN) berkenaan isu pesawat awam Boeing milik Israel yang melintasi ruang udara Malaysia baru-baru ini

“Saya juga ingin meminta penjelasan lanjut dari kerajaan PN tentang alasan kebenaran yang diberikan kepada pesawat Boeing 737-400 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) baru-baru ini kerana ini jelas suatu bentuk pengkhianatan kepada negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here