Ismail Sabri arahkan semua kilang arak ditutup

0
2
Ismail Sabri

MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan penutupan semua kilang minuman keras di seluruh negara serta-merta..

Beliau berkata walaupun kebenaran beroperasi diberi kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas sahaja.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan hari ini bersetuju supaya semua kilang-kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, pelbagai pihak mempersoalkan bagaimana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan kilang arak di Shah Alam beroperasi ketika sekatan pergerakan penuh yang mula berkuatkuasa hari ini.

Antara yang meminta penjelasan Menteri MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuklah pemimpin Umno, Amanah serta PAS kerana ia bukan perkhidmatan perlu atau ‘essential services’.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan kesemua sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategori sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here