Abim gesa kerajaan lebih tegas, pastikan hanya ‘essential services’ beroperasi

0
1

ANGKATAN Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa pihak berkuasa bertindak lebih tegas dan tidak memberi kelonggaran terhadap kegiatan di luar bidang ‘essential services’ (perkhidmatan perlu).

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz menyambut baik langkah kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19 dan berharap ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang terakhir.

“Untuk itu Abim menggesa pihak berkuasa bertindak lebih tegas dengan tidak memberi kelonggaran terhadap kegiatan di luar bidang ‘essential services’ – perkhidmatan perlu yang justifikasi pengoperasiannya telah menimbulkan persoalan.

“Gesaan ini dibuat berdasarkan keluhan serta persoalan diutarakan rakyat yang sedaya upaya menghadkan setiap kegiatan harian mereka untuk mematuhi keperluan penjarakan fizikal dan kebersihan kendiri.

“Ini kelemahan utama yang tidak boleh diulangi pihak berkuasa kerana ia akan mengakibatkan kejatuhan sosio-ekonomi rakyat secara total jika PKP kali ini gagal berperanan seperti yang disasarkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Abim menegaskan pentingnya aspek tatakelola baik dan ketelusan digabungkan untuk menjaga kebajikan serta kepentingan rakyat.

“Maka tiba masanya setiap dasar dirangka serta keputusan yang dilaksanakan harus bersifat ‘bi-partisan’.

“Ini kerana negara ini berada di persimpangan paling yang memerlukan semua pihak khususnya wakil rakyat sama-sama berperanan,” katanya.

Oleh itu katanya, keputusan demokratik yang telus termasuk menerusi sidang Parlimen amat perlu bagi memastikan tiada ketirisan serta unsur penyalahgunaan kuasa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here